Selesai habis membaca sebuah lagi karya @sahidzan tahun 2022 ini iaitu #onetwojaga. Sebuah buku tie-in dengan #onetwojagamovie.
Perasaan geram, sedih, marah menyelubungi hati aku sewaktu membaca karya hebat ini. Penulis berjaya memanipulasi perasaan pembaca dan seharusnya karya ini diangkat sebagai antara karya agung.
Sekiranya anda telah atau belum menonton filem #onetwojagamovie, seharusnya anda membaca karya ini kerana banyak penceritaan yang tiada dalam filem.
Korupsi dahsyat anggota keselamatan dan juga kehidupan dan perasaan TKI (yang legal atau illegal) bekerja di Malaysia. Semuanya berjaya diceritakan.
Bagi aku, penceritaan dalam buku ini harus dijadikan filem (uncut) #onetwojagamovie atau biarkan ianya sebagai sebuah buku? Censorship filem Malaysia pasti tidak mengizinkan.
Tapi buku ini wajib dibaca oleh semua terutama mereka yang ingin berasa orgasme minda. Terima kasih @sahidzan . (at Kota Kinabalu)
https://www.instagram.com/p/CbwTdTovnBS/?utm_medium=tumblr